Karangan PT3 : Sukan Lasak
Anda amat meminati sukan lasak seperti bebasikal dan mendaki gunung. Ol e h itu , anda bercadang untuk menulis rencana tentang kebaikan kebaikan menyertai aktiviti sukan lasak unt uk dimuatkan dalam majalah sekolah . Tulis rencana tersebu t selengkapnya . ********************* Sukan lasak merupakan kegiatan yang acap kali dipandang enteng oleh masyarakat pada era transisi modensasi masa kini. Faktor dominan yang menyumbang ke arah landasan pemikiran masyarakat adalah disebabkan kurang diberi pendedahan tentang aktiviti sukan lasak seperti berbasikal dan mendaki gunung. Persoalannya, apakah kebaikan menyertai aktiviti sukan lasak? Kebaikan menyertai sukan lasak adalah menjadikan kita lebih tabah menghadapi segala rintangan dan onak duri dalam kehidupan. Misalnya, apabila kita mendaki gunung, kita perlulah tabah dan kuat semangat bagi mengatasi apa jua halangan. Aktiviti ini bukan sahaja memerlukan kekuatan fizikal malah mental juga memainkan peran...